Saturday, August 20, 2011

tak rasa raya

hari ini sudah genap 20 hari ramadhan.
lagi 10 hari yang tinggal untuk berpuasa dan hari kemenangan umat islam akan tiba.
bagi aku dan keluarga,kemeriahan untuk menyambut raya langsung tidak diendahkan.
semua persiapan langsung tak ada.
aku hanya akan rasa kedatangan syawal apabila aku mendengar lagu raya tanpa henti di radio kereta.
dan juga melihat keriuhan peniaga menjual pakaian hari raya bersama lagu-lagu raya untuk menceriakan suasana.
tak mengapa lah.
aku sekeluarga hanya mementingkan kesihatan abg aku sahaja.
dan,yang penting aku sekelurga dapat bersama di hari raya dengan aman dan tenteram.



Thursday, August 11, 2011

makcik ila

siapakah dia sebenarnya?makcik ila tu nama panggilan.dia sebenarnya makcik yang duduk sebelah aku kat hospital ni.sekarang aku di hospital bersama mak aku jaga abang aku yang sakit.

makcik ila sebenarnya orang yang pertama yang berkampung kt depan wad ICU antara kami semua.makcik ila sangat baik dan peramah orang nya

sempat juga aku bawa dia pergi beli pakaian kat hari-hari.

tadi tepat jam 4petang suami beliau telah pergi buat selama-lamanya.Innalillahirojiun..

sedih aku melihat mereka sekeluarga.aku juga pernah mengalami perkara yang sama.rasa seperti dunia ni dah kosong bila orang yang kita sayang pergi buat selama-lamanya.

semoga roh beliau di cucuri rahmat.aminn..

Monday, August 8, 2011

dugaan

tanggal pada lima ramadan tahun ini ada sesuatu perkara yang tidak di duga berlaku pada keluarga ku.kejadian ini memang mengejutkan keluarga aku.bagi kami kedatangan ramadhan kali ini amat menguji kesabaran kami sekeluarga.pada hari Jumaat iaitu lima puasa bangah (abang kedua) aku telah dimasukkan ke hospital.keadaan nya amat menyedihkan kami.sekarang bangah aku ditempatkan di wad ICU.cuba bayangkan betapa seksa melihat keadaan seorang pesakit terlantar diatas katil yang di penuhi wayar di badan.Ya Allah..tak tahu nak gambarkan macam mana.bagi sesiapa yang melihat untuk kali pertama pasti akan mengalirkan air mata.dia disahkan koma dan sampai sekarang dia masih belum sedar.maknanya sudah empat hari bangah koma.ya Allah ya tuhan ku,Kau berikan lah kekuatan untuk anang ku melawan penyakit yang dihidapi nya.

psssssttt: marilah kita sedekah kan al-fatihah untuk beliau dengan niat didalam hati bahawa abang ku akan kembali pulih seperti sedia kala..amin

Thursday, August 4, 2011

hantu kena gari

aku ada dengar ceramah yang dalam bulan puasa syaitan atau iblis kena ikat.maknanya hantu tu dikategorikan sebagai iblis yang dilaknat Allah la kan (sila betul kan kalau aku salah).aku yang aku baca pulak syaitan-syaitan tu semua akan diikat dengan rantai besi dan diletakkan di tengah lautan.aku pon tak pasti betul ke tak.rasa nya betul la kot.dalam Al-Quran ada sebut mengenai tu(kalau salah betul kan).teringat masa aku diploma dulu.ada seorang member aku nih.die memang penakut sikit kalau pasal cerita hantu.HAHA,,kelakar gila.dia kata kalau tengok cerita hantu bulan puasa tak takut tapi kalau tengok bukan bulan puasa takut.confirm tak nak tengok punyaaa..siap lari pergi bilik lain atau buat kerja sendiri(duduk hostel masa tuh).aku dengan yang lain kadang-kadang saja je usik die ajak tengok cerita hantu.HAHA,,sampai kan tak kasi kitorang bercerita pasal cerita hantu depan dia.dia ni budak roomate aku dulu.memang kelakar gila.tengok cerita hantu lawak pon tak nak.sampai kitorg cakap *kau ni muka je ganas tapi penakut tak pasal-pasal.

HAHA,,kenangan kenangan!!!

psssstt:da nak bersahur tapi aku tak tidur lagi.susah nak lelap mata.selamat berpuasa pada diri sendiri dan korang jugak

Monday, August 1, 2011

ramadhan 2011

Alhamdulillah..dapat juga aku menyambut ramadan untuk tahun ni.terasa masa memang pantas berlalu.macam tak perasan je bila dah masuk bulan puasa.semua nya terasa cepat bila umur dah banyak.dulu masa kecik-kecik kalau berpuasa rasa lama sangat-sangat.nak tunggu untuk berbuka tu memang dah terlepek kat lantai rumah.HAHA..lepas tu mak pesan pulak kalau tak nak lapar niat banyak-banyak.nanti bila hari siang tak lah lapar sangat.kelakar je kan.budak-budak mana lah paham.ada tu pulak mak aku cerita masa aku kecik-kecik hari pertama waktu bersahur aku makan sikit je.tak makan banyak-banyak.bila siang hari terasa perut dah lapar.apalah..esok hari tu pulak waktu bersahur aku makan banyak-banyak sebab tak nak kasi perut lapar.HEHE..apa boleh buat.tak paham lagi waktu tuh.yang ni kak ngah aku yang cerita kan balik.HAHA..itu lah beza nya zaman dulu dan sekarang.bagi aku tahun ni ramadan amat mencabar.tak pe lah.hanya Allah mengetahui-Nya.setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.kita sebagai manusia kena redha dan terima takdir yang berlaku.orang-orang yang kufur akan mendapat pembalasan.cuma cepat dan lambat je.moga-moga aku dapat menjalani ibadah puasa dengan tenang dan penuh kesabaran.sabar itu kan indah

Monday, July 25, 2011

nie makan die...

rumah aku dah kena kenan si nabil rajalawak.
mane tak nye dah satu rumah asyk sebut ayat cam tuh.
adoi,,apa dah jadi kat  uma aku nih?
ni sume punca si nabil lah ni yang cakap masa maharaja lawak ari tu
dah uma aku terkenan pulak
mak aku pon boleh terbabit sama
sesungguh nya kami amat bahagia
gelak ketawa diberi oleh Allah sebagai pengubat kedukaan

Monday, July 18, 2011

diam

diam lebih baik dari bersuara yang tak memberi makna
tak bermakna aku diam kau ingat kau dah menang
aku menyampah kau yang suka menjaja cerita kat orang lain
manusia manusia
mudah melupakan jasa yang orang berikan
tapi mudah mengingati hutang yang dipinjam orang
aku percaya suatu hari nanti kau akan sedar

Sunday, July 17, 2011

untuk kali ke-2

aku nk ucap kan berbillion-billion terima kasih kat dua orang hamba Allah ni yang celebrate birthday aku.

sungguh aku tak sangka diorg siap ada bagi cake kat aku

aku ingat diorg belanja makan pizza je.time tu makan kat dominos pizza

tu lah 1st time aku makan dominos pizza.sedap gila lah

nak dijadikan cerita ade lah hamba Allah order pizza banyak2.

tak sangka pulak order pizza tu sampai dapat 4pizza

HAHAHA..

masa bayar okeyy lagi.bila dah amik order then tengok bill

wahh,,biau betul makan sampai nak dekat rm100

tapi untung ade diskaun ticket

selamat duit mereka.

dan

tengah duduk2 tunggu pizza masak

aku dengan si hamba Allah ni dok mengomel dan membebel

yang sorang lagi kuar kate nye

pastu hamba Allah tu masuk bawak kek

WAHHHH!!!

best nye.suka suka suka

ngeee

TERIMA KASIH

 kepada atas pemberian kek yang sedap ini



oleh 


ALIYANI BTE ABDUL HALIM 
&
 AMIER IZUWAN




i love her as much as my sis u know


potong time..harap maaf asap tidak dibenarkan disini


okayyy,muka lapar!dominos sumpah sedap!


amoi cina nih klaka gila.asyik tertengok2 kek yg ada atas meja.then,we all bg diorg kek..yang paling best budak2 ni wish kat aku "HAPPY BIRTHDAY sis"..haha



Friday, July 15, 2011

hujan

kalau zaman kanak-kanak memang suka main hujan
nanti mak kita akan menjerit suruh masuk rumah kata nya "masukk!!!jangan main hujan!nanti demam!!"
aku amat rindu zaman kanak-kanak
zaman yang tidak perlu memikirkan masalah.
apa yang tahu hanya bermain dan bermain sahaja
apa nak susah baju mak basuhkan, makan mak sediakan,nak jalan abah bawak kan..
macam tu lah,,
aku percaya orang lain pun seperti aku jugak
yang rindu kan zaman kanak-kanak
masa hanya kehadapan yang tidak boleh di undur kembali
untuk masa sekarang kita kena teruskan kehidupan 
jadikan kehidupan sekarang menjadi memori indah untuk masa akan datang 
yang sama seperti indahknya zaman kanak-kanak kita dulu

Monday, July 4, 2011

kena masa orang suka tak kena masa orang menyampah

apa perasaan anda kalau ada orang datang bertandang rumah anda time yang anda tak suka.okayy,contohnya diorang datang time awal pagi gila, time tengahari yang tengah sibuk kat dapur then nak masuk waktu zohor, atau time maghrib?

mesti gase tak nak bagi masuk kan?betul tak?tapi dah tetamu nak buat macam mana pulak kan.mestilah kasi masuk jugak walaupun hati tak rela kan.

lepas tu dah datang rumah orang dengan time yang salah boleh pulak duduk lama2.aduhaiii..tak geti nak balik ke pon?bukan niat nak menghalau tapi cuma tak kena masa la wahai tetamu.

nak datang biarlah kena masa nya.barulah tuan rumah melayan dengan ikhlas.tak kan lah tak paham-paham lagi kalau tuan rumah kata tengah sibuk banyak kerja.

yang si tetamu pulak boleh buat tak paham.contoh lah kan yang si tetamu tu datang time tengahari.mestilah si tuan rumah tengah sibuk nak masak,makan tengahari.dah tu nak solat zuhur dan nak berehat-rehat.

tapi masalah nya yang si tetamu tak paham bahasa ni datang time tu.dah tergendala kerja-kerja si tuan rumah.konon dengan alasan nak tumpang solat zuhur.

alahai..si tetamu!!!apakah kau tidak tahu waktu yang sesuai untuk berkunjung ke rumah orang?atau pun sengaja datang untuk tujuan atau niat sesuatu?

bingung aku memikirkan kenapa ada manusia yang berperangai macam tu.haiii..memang menyusahkan.betul, tetamu sememangnye datang membawa rezeki kepada kita.tapi kadang-kala mcm bg bala pulak kat kite.

ini realiti tau.cuba lah bayang kan.ada ke patut datang rumah orang pukul 8 pagi!okayy,,fikir kan balik.time tu kita tengah buat apa.matahari belum lagi menjengah rumah tapi si tetamu dah menjengah dulu.

kalau datang sekejap untuk hantar atau ambil barang tak apa lah.ni, datang nak duduk berbual sampi ke tengahari.cuba lah bayangkan.betapa lama lah si tetamu ni duduk kat rumah si tuan rumah.

dah confirm2 si tuan rumah susah nak buat kerja.yelah,tak kan tak nak layan pulak kan.nama pun tetamu kena lah layan sebaik nya.

tapi si tetamu ni still lagi tak paham atau buat2 tak paham.dah memang dah tau si tuan rumah nak buat kerja macam kemas rumah,masak,sidai baju, menjahit ke, online ke(haha),buat kuih ke,amk anak sekolah ke ape ke.tak kan still tak boleh nak bertimbang rasa?

alahai,,tetamu tetamu..

kedatangan mu sememangnya tak diundang pada waktu macam tu.

sabar je lah wahai tuan rumah.

Allah akan memberi nikmat dan rezeki kepada hambanya.



p/s: kes mcm ni aku yg kena sebenarnye..ahai..

Thursday, June 30, 2011

mak..i lurve u so much

aku tak tahu nak gambar kan betapa aku amat menyanyangi mak aku.mak aku adalah segala-gala nya.tiada yang lebih berharga selain mak selepas pemergian abah aku tiga tahun lalu.

mak yang selalu baring kata-kata semangat bila aku hilang semangat.

mak jugak lah yang bagi nasihat dan galakan kalau aku nak sesuatu perkara

mak jugak lah yang banyak berdoa untuk kejayaan anak nya

mak jugak yang akan menangis kalau tengok anak dia akan berjaya

mak banyak bagi aku duit belanja.heeehe,,itu part yang aku paling suka.

mak masak sedap sangat.

mak buat kan baju untuk aku.

yang paling aku ingat mak jaga aku bila aku selalu terseliuh kaki.aku pon tak tau masa kecik-kecik dulu kaki aku selalu terseliuh.mak jugak yang jaga aku.

bagi aku mak adalah segala-gala nya.aku takut untuk menghadapi kenyataan pada masa depan..

terima kasih mak kerana melahirkan aku.

mak, selamat hari jadi

tanpa mak aku tak wujud di dunia ini.

selamat hari jadi makkkk 

khas buat pn Hjh Noor Aine bt Abu Bakar

Saturday, June 25, 2011

nyamuk

dikategorikan sebagai serangga jugak kan
tah la.bukan nak diskriminasi cumaa..
nyamuk lah paling aku tak suka
sebab kali kena gigit
mak ai gatal gila.abes bintat kan
kalau tak sempat bunuh nyamuk gase macam rugi gila
pastu rase macam tak puas hati
dah dapat bunoh baru puas hati aku
cuma geli sikit kalau melekat kat kulit aku
ya!!
aku tahu nyamuk pon makhluk Allah
Subhanallah (سبحان الله)



Friday, June 24, 2011

adab

orang melayu memang dikenali dengan adab sopan santun
tapi realiti nye beradab tu semua ikut tempat dan suasana.memang betul aku yang aku cakapkan
bukan aku nak blame atau merendah-rendahkan bangsa aku sendiri.memang ini kenyataan
walaupun susah nak diterima
kalau lah aku cakap depan khalayak ramai memang aku dah kena belasah
tengok?itu dah menunjukkan kita dah kurang beradab
orang yang beradab penuh dengan budi bahasa akan menerima pandangan atau kritikan daripada orang lain
nak tau tak yang sebenarnya kita rakyat Malaysia ni kurang beradab atau sopan bila kita atas jalan raya
betul
ini kajian dah dibuat keatas kesopanan pemandu atau penunggang jalan raya di negara kita
aku pon tak nak cakap aku ni sopan.kalau ikut kategori pon aku tergolong dalam golongan pengguna jalan raya yang kurang sopan jugak
tapi masih bukan tahap bahaya lagi
pengalaman aku nak bawak kereta amat cetek kalau nak bandingankan dengan orang lain
aku pon masih baru lagi.baru je berapa tahun driving kereta
so tak boleh nak komen2 banyak.nanti salah pulak kan
berdasarkan pandangan aku sebagai pemandu wanita kebiasaannya kami sering dibuli di jalanraya
yelah
mane tak nya pemandu lelaki biasa nya suka memperkecil kami sebagai pemandu wanita
bagi diorang "alah pompuan gupenye bawak patot le macam siput!"
lepas tu kadang-kadang suka main "cucuk2" kereta depan konon nak potong
sebab sengaja je nak kenakan almaklom lah perempuan bawak lambat
tapi kalau kena dekat aku memang tak boleh tahan lah
die ingat aku ni lembab ke ape.hahah,,nak kena kan aku memang salah orang lah beb
senang je kalau orang buat kat aku
aku memang tak kan kasi kereta tu potong aku.haha,,nak kenakan aku pulak kan
baru padan muka
tengok,tu lah yang menjadikan aku kurang beradab bila berdepan dengan pemandu yang langsung tak beradab
lagi satu aku paling menyampah gila bila ade motosikal bawak tah apa-apa
kadang-kadang penunggang motorsikal ni selamber diorg je kan
dah la bawak motor main "cilok2" lepas tu bawak laju
kebanyakan accident motor jadi sebab diorg bawak motor laju then cilok-mencilok sesuka hati
tapi kalau dah accident meninggal dah ditakdirkan 
kita sebagai pengguna jalan raya kenalah ingat-beringat
rezeki boleh dicari tapi nyawa tak boleh
nak2 dekat raye nanti.tuhan je lah tau accident banyak berlaku
memang syahdu bila keluar berita
aku selalu ingatkan diri sendiri kalau driving tak nak bawak laju2
bahaya..
sayang weh kat family
tapi kadang2 kita punya lah berhati-hati pon terkena jugak
ini semua atas sikap pengguna lain
kalau semua pengguna ada sikap sopan dan bawak dengan relaks kan bagus
bekas perdana menteri kita Dr M ada cakap yang dia hairan kenapa pengguna jalan raya negara kita suka bawak kenderaan laju-laju.sebab boleh membahayakan nyawa sendiri dan orang lain pon terbabit
hrmm,,
apa-apa pun kita ni kena lah beradab
sebab dalam Islam pun penuh dengan adab yang perlu kita ikut
aku pon nak ingatkan diri sendiri yang kena selalu beradab walau kat mana aku tercampak
tapi adab aku tak lah sampai orang boleh pijak kepala aku
yang macam tu memang aku tak berapa suka lah kan
walau apa pun tindakan kita
kita kena fikir dulu sebelum buat
mak aku cakap biar lah orang buat kita jangan kita buat orang
kalau orang marah kita jangan marah balik
diam kan aje..ada nanti pembalasan dia kelak
Allah menyayangi hamba-hambanya yang sabar
sabarkan separuh daripada iman
kepada mereka-mereka jangan lah kita ikut hati dan perasaan
kalau beradab kan lebih baik
tapi jangan lah nak hipokrit pulak
wa Allahu a'lam..



Thursday, June 23, 2011

maggie,milo dan aku

hari ni aku amk dinner aku makan maggie kari bersama minum milo tin yang sejuk gilee.sebab tibe2 aku rindu pulak saat aku kt uim dulu..rase sedap pulak bile dah lame tak makan weh.ahaii..nak tau tak aku ade pandangan kalau orang sebut pasal maggie dan milo.

1)maggie!milo!adalah food utama and amat sinonim bagi seorang student.kan kan kan

2)food2 nih amat cepat disedia kn ketika kebuluran

3)amat jimat duit kalau nk beli berbandingkan fast food yg sedia ada.haha,,

4)boleh mintak tolong sape2 buat kn.jangan risau pasal rase.memangg ituu je lah rasenye.tak ubah pon kan

5)makan dan minum time panas memang sedapp.kalau dah sejuk tak sedap langsung.tapi kalau milo time sejukk lagi lah sedap

6)walaupon maggie tu tak berape baik untuk kesihatan tapi mase aku diploma dulu memang itu lah wajib dimakan kalau masing2 dah poket kering

7)yang minum milo pulak boleh mengenyang kan.yelah sekarang kan ade milo 3 in 1.and siap ade yg fuze bagai.so,tak ade masalah nak alas perut untuk tengah2 malam kn.

8)lepas tu, aku boleh senang2 je pau maggie mber aku kalau maggie aku dah habis.biase nye budak housemate aku lah.tak pon aku pegi bilik bestfriend aku lg sorg dak diana.haha..die memang suke bagi food die kat sape2 yang mintak.baik hati betul kawan aku sorang nih..

9)aku belajar pakai chopstick dengan makan maggie.hahah,,klaka je bunyi nye kan?tapi tu lah kenyataan nye.setiap kali aku makan food yang ala2 mee or maggie memang aku try guna chopstick tau.mule2 memang susah gile.nak belajar punye pasal makan lah pelahan2 walaupon perut dah kriuk2.

10)aku memang suke gila ratah milo.tah!tak tau kenapa aku suke ratah milo.rase die memang sedap.itu bagi aku lah kan.tak tau lah kalau orang lain.tapi aku rase orang lain pon suke jugak kot buat macam aku buat.

11)kalau tengok packaging milo atau maggie memang tu lah die.same je..tak jaoh beza dari dulu sampai sekarang.ye lah,kalau product lain dah tukar2 dah.tapi maggie dengan milo tak bagi aku..kalau tukar pon tak jaoh bezanya.

hrm,,cukup lah setakat nih aku mengomel.mule cerite pasal dinner pastu dah macam2 pulak aku revealed pasal maggie and milo.tak pe,ikot tajuk.hahah!!bagi aku bersyukur pada yang ade jangan merungut rezeki yang diberi dan nikmati rezeki yang Allah kurniakan.Thank you Allah..

Wednesday, June 22, 2011

surprise birthday


okayy walaupun birthday aku dah berlalu berhari-hari lepas baru hari ni aku nk update pasal birthday aku.aku sangat tak percaye yang family aku celebrate birthday aku.macam terharu jugak pon ade.bagi aku tahun ni birthday aku memang best.ye lah ade orang bagi surprise cake.memang la syok kan.tibe-tibe teringat aku birthday aku tahun 2008.mase tu umur aku baru je 18tahun.masa tu arwah abah aku ada lagi.tapi time tu arwah abah dah sakit dah.kire-kire 5bulan ayah aku keluar masuk hospital.mase birthday aku mg abah aku dekat hospital.result untuk masuk ipta adalah salah satu hadiah yg aku berikan kat abah aku.time tu aku tengok arwah abah bersyukur sangat.suke betul tengok anak die masuk uitm.terase syahdu aku tengok.ye lah dengan keadaan abah.al-fatihah untuk abah.pada tahun 2009 pulak ade cerita disebalik birthday aku.nak kata malang tak baik pulak.nak kata bertuah lagi tak logik.18/6/2009 jam 12tghari.memang aku ingat sampai sekarang.haha,,klaka jugak ade.sebenarnya aku accident time tuu..hrmm,,nak buat macam mane.dah accident.mak ai kena langgar dengan kereta.sabo je lah.bengang aku.motor masok longkang.aku terjatuh atas jalan.dah la aku bawak mak aku.lagi le aku saket ati.kesian mak aku jatuh.paling bersyukur tak ade kereta lain.kalau tak mungkin kami...ish!!tak nak aku sambung ayat.lepas tu esok nya abang aku bagi present kat aku untuk mengubat aku yang sakit nih.hilang sikit sakit aku.bile dah elok semua satu family gelak kan aku time birthday accident.HAHA..kenangan tuh.dah lah,berbalik birthday aku tahun ni pulak.macam biase lah dapat wish dari semua member2.petang tu abang aku kate nak ajak kuar.macma biase lah aku siap-siap.aku tanya nak makan kat mana malam ni.die cakap kate g tasik titiwangsa.gile ke ape abang aku nih.gi lantak lah nak gi mane-mane pon.aku ikot je.dah on da way sampai ke tol nilai die masuk.eh,nak gi mane pulak ni.lantak lah.pastu rupenye2 die masuk ice room nilai.memang aku dah agak dah time tu.sampai je aku nampak kereta abang long aku a.k.a cekgu kamel.memang dah ade kat dalam and siap ade cake atas meja.hihi..aku ape lagi senyum sampai telinga lah.sape tak suke pulak kan ade orang celebrate birthday.cake tu kire aku,akak aku and nephew aku skali lah.mak aku pon subahat konon2 tak tahu.haha,,ape lah.dah la..cube tengok cube tengok picture sume nih.

amboi kak,bersilang tangan ko nak amk ice-room durian aku tuh
cake yg sedia untuk d'ngapppp!!!
ini bukan cake secret recipe!!!sekaranf SR dah xboleh mkn.kndungan ade mengandungi galetin babi.ni cake dr  ____.lupe name kedai cake tuh.sdap.rse mcm SR jugak..
terima kasihh kepada orang yang berade kt atas nih.sebenarnye ade lagi sorg tpi tak msuk gmbr pulak.ape pon thankss yeaa akk ipar kesygn ku dan abg2 aku..
dah potong cake makan time lah.tengok makan ape tu??tom yam+tuna pe tah..tp mg sedapp.tak tipu..

tengok mereka cantekkn??yg pakai bju merah tu akk ipar aku.namenye fatin satila.die pakai bj tu  semate2 untk celebrate  birthday aku.yg bj putih tu pulak akk aku.akak mila..

haaa,,ni aku ngn akk ipar aku.muke kenyangg je.lepakk smpai kedai dah nk tutop wehh..
ni aku dengan orang yg palingg aku sayang d'duniaa iaitu mak aku.makk  org sayang makkk smpai bile2..




Sunday, June 19, 2011

18 JUN datang lagi tahun ini

HAPPY BIRTHDAY TO YOU..
HAPPY BIRTHDAY TO YOU..
HAPPY BIRTHDAY TO YOU NOOR KAMARIAH
HAPPY BIRTHDAY TO YOU..

sungguh aku tak sangka umur aku sudah mencecah 21tahun.
memang pantas masa berlalu.
semua kawan-kawan aku dah siap wish aku.terharu pulak rasenye.
walaupun diorang sume busy tapi diorg tetap wish aku.ni bermakna diorg masih ingat kat aku.
aku hargai sume tuu..
seharian aku kat umah memang muke aku berseri-seri lah.nak kate ape pulak kan.
dah name pun birthday aku.
mood kena lah baikkk kan.hari baik bulan baik kite kena banyakkan senyuman di bibir.
barulah awek muda.
al-maklum lah,semenjak dah tambah umur ni aku kena banyak senyum.kalau tak cepat berkedut muka aku nih..
ahhhhh..TAK NAK!!
kahkahkah..
macam biasa lah kalau time birthday sebagai pengguna telefon yang tegar maxis dengan mudah hati bagi call free untuk pengguna die.
aku pon ape lagi..HAHA..guna kan dengan sebaik-baik nye.mg berehhh!
sebenarnye ada lagi menarik yang aku nk cerita kat sni.
ni kire the best moment untuk aku lah.
tapi..
aku tak nak cerite untuk entry kali nih.aku nk cerite untuk the next entry.
sebab aku rase malas nak cerita sekarang.
kalau malasss ape pun tak boleyyy.
eheh..
okayy..dengan hati yang berbunga-bunga aku stop typing sekarang


Friday, June 17, 2011

tinggal beberape detik lagi

wah!nampakknye tinggal beberape jam lagi umur aku dah nk mencecah 21tahun.macam tak percaye pulak kn.
tak sangke aku,dah banyak nombor umur aku nih.
ish,,biau betul?
memang betul kama oi!
kau nih dah nk 21 tahun..
bagi aku sungguh cepat masa berlalu
tanpa aku sedari masa pergi meninggalkan zaman kecil aku.
siang tadi,mak aku cakap kalau zaman dulu-dulu bile umur 21tahun anak dah berderet-deret.cukup 14tahun kena kawen.memang awal gile.hahaha,,nasib baik aku di zaman sekarang.kalau zaman dulu confirm dah berderet.oh!tak mahu...
kahkahkah,,,
aku nak senyum panjang-panjang sempena nak tambah umur aku kejap lagi
('',) senyum lagi
senyum lagi
daah..

Wednesday, June 15, 2011

The Lazy Song – Bruno Mars « Song & Lyrics

The Lazy Song – Bruno Mars « Song & Lyrics

tergerak hati nk update hari ni

ASSALAMUALAIKUM..
hrmm,,dah lame pulak rasenye aku x update blog aku ni
mg dah berhabok blog aku.malas gle nk update
smnjkk aku dah abes diploma nih.terlupe nk update.pade hal byk bnde leh aku semadi kn kt blog aku ni.kasi x lupe.memandangkan sekarang aku dah abes belajar.so,x de bnde yg aku buat..


and..
now, aku just sit at home.xkeje pong.pemetik anggur terhormat..teringat pulak mase aku driving nk balik umah dgn kete yg penuh sarat harte karun terlintas dlm kepale "dulu aku balik sebagai pelajar tp sekarang aku balik sebagai penganggur"HAHA..
mule2 sampi rumah..huuuu,,happy gile!xde klas lg!x yah nk bgun pagi untuk g klas!x yah nk pk test,final,perangai lec lg!sumenye syokkkk..
ringan kepale...
dah nk msuk sebulan ke 2 bln dah aku abes diploma.x sangke akhirnye aku abes jugak blajau.rase lmbt pulak nk ke dgree.dgree t msuk bulan 9.after raye.wah!nampakk nye tahun ni aku raye dengan penuh kerayaan lah.hahah..3tahun lepas aku raye jugak tp dlm kepale otak asyk pkir final je.then,tahun ni da kire2 dah.baju raye mcm mne pulak gaye nye.
ramai jugak lah member aku yg keje.yg housemate aku dulu sume keje.aku sorg je x keje.bkn x nk keje.dah family aku kate xyah keje.lpas dgree ko keje lah.yg bestfriend aku "diana" name die pon x kasi aku keje.die sekarang keje kt kfc.sbgai assistant manager.die ckp dah keje ni nk cuti je.hahah..klaka je kn.mase x de keje dulu sibuk nk keje and ble dah keje sibukk nk cuti pulak.ape nk buat..dah mg mcm tu..


hrm,,
gud nite.nk buat keje yg my big brother bg.dpt duit tau.
EHEH..

Saturday, March 12, 2011

dlm malaysia tp bkn bukann

trio lg..kt bklg 2 classmate aku jugak.excited pg2.ahaha
sebenarnye aku nk cite yg class aku ade wt trip g embassy.so,,we all decide nk g embassy thailand and indonesia..mg excited sgt la dpt g trip tu.al-maklum la baru 1st time klas aku wt trip.klu nk kate sblm ni nape x trip..jawapannye...haram jadah sume rajin2 belaka nk wt proposal.mane tak nye nk tuon naik hea.sgt lah rajin(sirtaphatemaknak).hahaha!!!i just wanne to say a zillion to my lecturer MISS JAMHIRAH yg baek hati bg suggestion g trip n then die yg paling bz nk wt bende ni..ble dah settle sume klas aku pong decide g ari Isnin ari tu..7/3/2011.perggg!!!ble miss kate g ari isnin.x pe lahh..dah syok dah tu.yg kurenggg syok nye kne ade 6.45am okkk!!!sgt lah awl(sirtaphatemaknak lgggg!!!).nk x nk terpakse la aku gagah kn diri bgon even though badan penat gaban ahh..aku dah la lepas tournament ntbll.cnfrm2 penat..xpe, demi trip casia aku bgon gak la..credit to my housemate yg tolong kejut kn.diorg pong excited sbrnye..

muke sume segar2 je pagi2..

 pas2 otw g embassy to ktrg snggp jap kt rnr seremban to isik perut yg lapau.sgt lah..bgon morning weh..embassy indonesia n thailand kt ampang je pong..tak la jaoh mne pong kn..1st, ktrg g embassy thailand.sume muke excited je msuk embassy tu.mg la ktg msuk yg public people x leh msuk.so,ade sombong skit lah kt situ.hahaha..smpi dlm tu bes.representative thailand sume friendly je.n then diorg cite pasal ngre diorg pong dgr mg bessttt je.2 la aku nk ckp.terase mcm msuk thailand plak.diorg communicate semase diorg ckp bhse diorg.cnfrm x paham.lme gak la we all wt discussion.almost 3 hours gak laa.siap ade serve butter cookies lg.sdap n berlemakkkk.hahaha..tgk pic kt bwh ni..
ni die pnye lambang
kt luar pntu gate..





















anap peace aje!!!
 
dok blkg tp special tuh
my classmate bergambo dgn representative of thailand
ktrg pong tinggalkan emabssy tu dgn suke ati.hahaah,,then, trus g mkn tghari.perut dah pedih menyeru2 mintak diisi..makanan dah siap2 bawak dr melaka.tp x tau nk makan kt mane.jalan punye jalan driver bus pon bhnti dpn klcc.wah,,nk mkn kt mane ni?/hahah,,klaka gile time ni..setiap sorg mg dpt nasi bungkus n air.then, ktrg pk2 mkn je kt dlm klcc.dah mcm rombongan cik kiah dah aku tgk.mane tak nye sume pgg plastik merah isi nasi ayam bungkus.hahaha,,klako2..gaye masing2 mcm konon x pena dtg je..then, mkan kt food court..
gaye anap bawak nasi kontrak die.kt klcc tuh..relex je
muke kenyang after makan.hahaah
dah lepas makan ktrg gerak g embassy indonesia..mse otw tu dah strt hujan renyai2..nk dijadikan cite.driver bus plak salah jalan.ktg sume konpius.apsal gase jaoh sgt ni..gupenye2 driver slah masuk lorong daaa..nseb bek driver tau kembali ke pangkal jalan.smpai embassy indo pon nk dkt kol 4.terlambat skit la.nseb bek miss dah kol indo pnye side..msuk je gate embassy indo ni gase sebijik mcm msuk negare indo seh..serious x tipu..dah mcm msuk territory indonesia pulak kn.pade hal kt mlaysia..tp mg cm tu la tu..sume nye warge indo..warge len x de.pekerje pong sume indo..dah tu,msuk2 je dewan meeting tu mg x leh nk ckp ape.sdappppp gile bau mknn..hahaha,,perggg!!!byk mknn weh.dlm kple otak masing2 ni msti bakso.gilak ah..then, discussion pong bermule..best gak la representative ckp indo.w'pon ade yg x paham tp buat2 fham la.hangat dak la discussion tu.mcm2 happen.dgn peragai bdk classmate aku yg semangat tnye2 soklan x berhenti2.tp so far so good la.muke sume mcm nk kne pelempang je ble pak suryani(representative indo) membebel lame2.hahaha..yg berbual x yah nk cite r.dah cnfrm2 aku dgn kwn2 aku.hahhaa..las2,abes gak discussion tu.pe lagi diorg jemput tok mkn.hahahha..gupenye bkn bakso lah..mee pangsit!sdappp gile..x tau nk ckp mcm mne sdap die.ish,,mg sdap lah.kne rase baru tau.
entrance
gambau kenangan kt sane..muke kenyang lg!!
abes sume2 ni lewar gak la..cz gerak balik melaka kol8.biase lah kl kn.wajib jammed rambutan.x jammed x kl lah.hihi..smpai melak almost nk dkt kol 10pm..penat smpi x g event.hahah

sekian

Tuesday, March 8, 2011

nothing special

1st : i wanna to update mg blog for the lonngggggggg time!!!!!
kesibukan membuatkn aku x update blog aku nih..kesian kesian kesian~

2nd : then, i have no idea..hahahaha..
thats so funny!uweeekkk..ape lah aku nih,nk update tp x de idea.sguh berilmu dsitu..

3rd : today im so tired for having my class trip.i went to embassy Indonesia n Thailand.interesting wooo..
so,,i will update my experience there for the next entry soon..ngh bermalasan nk update n upload pic..

4th : reading gosssiiipp ok!
thats my habit..hahaha..on9>fb>tweet2>gossip..no more.klu wt asgmnt yg tegar je x buat bnde2 nih.hahaha..

5th: now,its late..(12.30am)siap mention kol bpe update.hahaha
dreamland time....zzzZZzzzZzzZZZZZZzzz

Wednesday, February 2, 2011

hanya di mata pasti

banyak kemestian dalam hidup kite atas dunie nih..klu x pasti alamatnye susah lah!susah nk wt keje klu kite x pasti..aku pon kadang x pasti (dlm bhse omputeh nk make sure lah). bg pndapat aku yg baru idop doploh taon ni la kn.......

ape yang pasti
       > tinggal solat hukumnye berdosa
ape yang pasti 
       >>xde duit susah nk hidup  
ape yang pasti 
        >>>>umo semakin bertambah
ape yang pasti.
        >>>>>>msti tido w'pon sekejap
ape yang pasti
        >>>>>>>berangan bile nk jadik kaye
ape yang pasti 
        >>>>>>>>>x belajar mg x de ilmu
ape yang pasti
       >>>>>>>>>>>demam w'pon sekali
ape yang pasti
        >>>>>>>>>>>>>>xde keje mg x de duit
ape yang pasti 
       >>>>>>>>>>>>>>>>>sungguh la boring bile hidup x enjoy dgn kwn2
ape yang pasti 
       >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>setiap kejahatan ade balasannye!
ape yang pasti 
       >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>org tamak selalu rugi
ape yang pasti
       >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>sume org dah ade handphone sendiri
ape yang pasti
       >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>budak kecik dah pndai on9
ape yang pasti
       >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>air adelah keperluan harian
ape yang pasti
       >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>cine mg kedekot
ape yang pasti 
       >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>kenderaan kene isi minyak ble dah abes
ape yang pasti   
       >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>org berniage msti nk untung je
ape yang pasti
       >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>keje mkan gaji lmbt kaye =p
ape yang pasti 
       >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>mak ayah xde pengganti nye
ape yang pasti 
      >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>yg kedekut ilmu org x suke
ape yang pasti 
      >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>sakit p'hapus dosa
ape yang pasti
      >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>puase ble rmdan dtg 
ape yang pasti
      >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>hidup lwnnya mati

banyak lagi yg mesti kite buat tok terus kn idop..dan mesti itulah pasti......!('',)
 

Saturday, January 29, 2011

round2 kt SINGAPORE

kepale singap badan ikan..
1st thing nk ckp SINGAPORE mg best w'pon ngre tu is a FINE CITY!!!

2nd, holiday kt sane mg adventure gile!!!

3rd, udara kt sane sungguh la bersih 

4th, rakyat sane sgt lah berdisiplin!hahahaha...=p wpon klaka je bunyi nye mg betol tau x!

            aku x tau nk cite mcm mane mase aku n mber2 g jln2 kt singapore.mcam2 kejadian berlaku mse kt sane.ade yg best ade yg kurang best..aku g sane ngn mber aku dak diana n bf die dak ejat. then,,sis aku mila n sis in law aku pon join skali..bes la cz ktrg jd bagpckers  . sebenarnye,,aku da g sane lame dah kire 2 weeks ago..tp baru ade mse nk update blog aku ni..bz skit la bile da strt study.ceh!!!konon je.

           berbalik cite aku g singapore pulak..aku g sane 14 jan ari jumaat.jalan2 sane 1day je..w'pon sungguh la pendek holiday kt sane tp aku gase sungguh la lame..al maklum la kt ngre org kn..bak kate pepatah 'ujan emas d negari org ujan batu d negeri  sendiri'. time tu la baru aku sedar yg AKU SAYANG MALAYSIA. aku, diana, n akk aku mg 1st time g singapore. mse enterence sume ok je..tp bile tanggg dak diana ade problem!fuhh,,mg sume panic..diana siap kene pgill msuk kt bilik(ala2 bilik soal siasat).ape dah jadi???ktrg sume dah risau gile..mcm2 buat andaian sndri.nk dkt 1 jam jugak lah tunggu dak diana kne tahan kt imegresen..panjang leher masing2 tgu2 x kuar2.las2 kuar jugak..lega sume org.

        hrmm,,,x tau la..tp bg aku mg kite dok malaysia gase konon mg x best..tp bile kte dah smpi kt ngre org kite akn syang ape yg ade kt ngre kite..mg aku akui yg singapore moden pnye city la kn..die pnye mrt(kire train la org sne pgil) mg superb lah!!!!canggih siot!!siap mrt dlm tanah lg n pkai touch n go lg tau..terase safety ble nek..yg bus pulak cantekk je..bus pon pkai touch n go tau..jgn men2.x de tukang kutip duit.sugguh la efficent ngre diorg. tp yg x best nye kt sane TAK BOLEH buang smph merate2, smoking luar area, drving smpi slah jalan, melintas jalan  xtentu pasal,n sewaktu dgn nye..sume nye akan kene SAMAN ok!!even yg ade kete pon kne byr parking klu die dok kt uma flat except uma mcm pua chu kang je lah yg kete parking dlm kwsn uma sndri..smpi mcm tu skali kn..compare ngn ngre kite leh wt sesuke ati je kn..itu yg membezakn ngre kite ngn sne..tu yg membuat kn singapore leh moden dr kite..mane tak nye sume nye kene byr..yg kete pulak ade mcm level la kirenye.klu yg bwh 50k hnye boleh kuar wktu mlm shj..nk kuar wktu siang boleh tp kne byr tau..20dollar je!!tp bile convert to rm hmpir lime puluh henggit!!kopak mcm ni klu tiap2 ari.tamat la riwayat impian klu sape nk jadi jutawan.haha..

         orait,,skunk cite yg baek2 je pulak..kt sane udara amat lah segar bugar!!!sy amat kagum dan suke!!!hahaha..serious mg x tpu bab udara kt sane.klu nk bnding ngn ngre kite mcm langit dgn bumi tau tak.cameron n genting pon x bersih mcm tu skali.pastu kete x de la jammed sgt(x smpt buat jem) compare dgn jammed kt kl..kl is super duper jammed city!hahahaha,,suke ati aku je kutuk2 ngre sndri. kite msak cite bab shopping plak. aku mg akn suggest kn kt sape2 yg terasae diri 2 kaye g la shoping kt sane especially kt orchard road.mg bute mate ble memilih..byk gile kdai2 yg best2.pastu g bugis street.best gak la.g sne smpi 2x n ade kisah tersembunyi yg berlaku..bile pk2 balik mg lawak nk mpos..hahahaah(ketawa kejap).

dah la malas nk story pnjg2 nti mls nk bace pulak..aku pon da kering idea nk tulis w'pon ade byk cite.ni aku da letak pic2 aku ktbwh ni.aku ltak pic yg aku rse berkenan d'hati je.mls nk uplod byk2..nk tgk byk2 g tgk kt album facebook aku.haaa,,kt situ mg muntah2 tgk cz byk sgt..cume aku terkilan yg aku x msuk unoversal studio.atas sebb tertntu aku x g..lg da penat sgt..


at bugis street.baru smpi then trus snap pic..


singgah minum kt little india.mcm biase cnfrm kdai ni kedai mamak la.tp sdap tau tose ni..

in-front of mustafa centre shoppping mall at in little india..ni ala2 maidin lah.tp up dr maidin malaysia

bugis dan bugis..ade org bugis kt kt situ?

ni kt area orchard road
hello malaysia!!!we r in singapore..


meet with abg lili slam.mcm pelik je kn ktrg leh jmpe die..ni kt studio die la ni



bus 100. aku,,kak mila n kak fatin

in the tram..sungguh la rajin naekk bnde alah ni

open air pnye toilet!

1 2 3 candid!

at sentosa gate..

siloso beach..

wah,,bikini bar..nk msuk kne berbikini dulu ok!


which part is almost same?if u dare pls tell me..hahaha

diana,kite nk nek cable car ke x ni?ko brani x?