Saturday, August 20, 2011

tak rasa raya

hari ini sudah genap 20 hari ramadhan.
lagi 10 hari yang tinggal untuk berpuasa dan hari kemenangan umat islam akan tiba.
bagi aku dan keluarga,kemeriahan untuk menyambut raya langsung tidak diendahkan.
semua persiapan langsung tak ada.
aku hanya akan rasa kedatangan syawal apabila aku mendengar lagu raya tanpa henti di radio kereta.
dan juga melihat keriuhan peniaga menjual pakaian hari raya bersama lagu-lagu raya untuk menceriakan suasana.
tak mengapa lah.
aku sekeluarga hanya mementingkan kesihatan abg aku sahaja.
dan,yang penting aku sekelurga dapat bersama di hari raya dengan aman dan tenteram.



Thursday, August 11, 2011

makcik ila

siapakah dia sebenarnya?makcik ila tu nama panggilan.dia sebenarnya makcik yang duduk sebelah aku kat hospital ni.sekarang aku di hospital bersama mak aku jaga abang aku yang sakit.

makcik ila sebenarnya orang yang pertama yang berkampung kt depan wad ICU antara kami semua.makcik ila sangat baik dan peramah orang nya

sempat juga aku bawa dia pergi beli pakaian kat hari-hari.

tadi tepat jam 4petang suami beliau telah pergi buat selama-lamanya.Innalillahirojiun..

sedih aku melihat mereka sekeluarga.aku juga pernah mengalami perkara yang sama.rasa seperti dunia ni dah kosong bila orang yang kita sayang pergi buat selama-lamanya.

semoga roh beliau di cucuri rahmat.aminn..

Monday, August 8, 2011

dugaan

tanggal pada lima ramadan tahun ini ada sesuatu perkara yang tidak di duga berlaku pada keluarga ku.kejadian ini memang mengejutkan keluarga aku.bagi kami kedatangan ramadhan kali ini amat menguji kesabaran kami sekeluarga.pada hari Jumaat iaitu lima puasa bangah (abang kedua) aku telah dimasukkan ke hospital.keadaan nya amat menyedihkan kami.sekarang bangah aku ditempatkan di wad ICU.cuba bayangkan betapa seksa melihat keadaan seorang pesakit terlantar diatas katil yang di penuhi wayar di badan.Ya Allah..tak tahu nak gambarkan macam mana.bagi sesiapa yang melihat untuk kali pertama pasti akan mengalirkan air mata.dia disahkan koma dan sampai sekarang dia masih belum sedar.maknanya sudah empat hari bangah koma.ya Allah ya tuhan ku,Kau berikan lah kekuatan untuk anang ku melawan penyakit yang dihidapi nya.

psssssttt: marilah kita sedekah kan al-fatihah untuk beliau dengan niat didalam hati bahawa abang ku akan kembali pulih seperti sedia kala..amin

Thursday, August 4, 2011

hantu kena gari

aku ada dengar ceramah yang dalam bulan puasa syaitan atau iblis kena ikat.maknanya hantu tu dikategorikan sebagai iblis yang dilaknat Allah la kan (sila betul kan kalau aku salah).aku yang aku baca pulak syaitan-syaitan tu semua akan diikat dengan rantai besi dan diletakkan di tengah lautan.aku pon tak pasti betul ke tak.rasa nya betul la kot.dalam Al-Quran ada sebut mengenai tu(kalau salah betul kan).teringat masa aku diploma dulu.ada seorang member aku nih.die memang penakut sikit kalau pasal cerita hantu.HAHA,,kelakar gila.dia kata kalau tengok cerita hantu bulan puasa tak takut tapi kalau tengok bukan bulan puasa takut.confirm tak nak tengok punyaaa..siap lari pergi bilik lain atau buat kerja sendiri(duduk hostel masa tuh).aku dengan yang lain kadang-kadang saja je usik die ajak tengok cerita hantu.HAHA,,sampai kan tak kasi kitorang bercerita pasal cerita hantu depan dia.dia ni budak roomate aku dulu.memang kelakar gila.tengok cerita hantu lawak pon tak nak.sampai kitorg cakap *kau ni muka je ganas tapi penakut tak pasal-pasal.

HAHA,,kenangan kenangan!!!

psssstt:da nak bersahur tapi aku tak tidur lagi.susah nak lelap mata.selamat berpuasa pada diri sendiri dan korang jugak

Monday, August 1, 2011

ramadhan 2011

Alhamdulillah..dapat juga aku menyambut ramadan untuk tahun ni.terasa masa memang pantas berlalu.macam tak perasan je bila dah masuk bulan puasa.semua nya terasa cepat bila umur dah banyak.dulu masa kecik-kecik kalau berpuasa rasa lama sangat-sangat.nak tunggu untuk berbuka tu memang dah terlepek kat lantai rumah.HAHA..lepas tu mak pesan pulak kalau tak nak lapar niat banyak-banyak.nanti bila hari siang tak lah lapar sangat.kelakar je kan.budak-budak mana lah paham.ada tu pulak mak aku cerita masa aku kecik-kecik hari pertama waktu bersahur aku makan sikit je.tak makan banyak-banyak.bila siang hari terasa perut dah lapar.apalah..esok hari tu pulak waktu bersahur aku makan banyak-banyak sebab tak nak kasi perut lapar.HEHE..apa boleh buat.tak paham lagi waktu tuh.yang ni kak ngah aku yang cerita kan balik.HAHA..itu lah beza nya zaman dulu dan sekarang.bagi aku tahun ni ramadan amat mencabar.tak pe lah.hanya Allah mengetahui-Nya.setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.kita sebagai manusia kena redha dan terima takdir yang berlaku.orang-orang yang kufur akan mendapat pembalasan.cuma cepat dan lambat je.moga-moga aku dapat menjalani ibadah puasa dengan tenang dan penuh kesabaran.sabar itu kan indah

Monday, July 25, 2011

nie makan die...

rumah aku dah kena kenan si nabil rajalawak.
mane tak nye dah satu rumah asyk sebut ayat cam tuh.
adoi,,apa dah jadi kat  uma aku nih?
ni sume punca si nabil lah ni yang cakap masa maharaja lawak ari tu
dah uma aku terkenan pulak
mak aku pon boleh terbabit sama
sesungguh nya kami amat bahagia
gelak ketawa diberi oleh Allah sebagai pengubat kedukaan

Monday, July 18, 2011

diam

diam lebih baik dari bersuara yang tak memberi makna
tak bermakna aku diam kau ingat kau dah menang
aku menyampah kau yang suka menjaja cerita kat orang lain
manusia manusia
mudah melupakan jasa yang orang berikan
tapi mudah mengingati hutang yang dipinjam orang
aku percaya suatu hari nanti kau akan sedar